13 January 2012

Maulidurrasul 1433H.


Tahun ini 12 Rabi'ul Awal akan jatuh pada 5hb Feb 2012. Insya Allah, seperti biasa Madrasah Baiturrahman akan mengadakan sambutan Maulidurasul secara kecil-kecilan. Program yang dirancangkan adalah seperti ceramah khas Maulidurasul, berselawat dan jamuan. Kepada semua muslimin dan muslimat berdekatan, anda dijemput hadir bagi memeriahkan lagi acara tahun ini.  

17 December 2011

Kami tidak menyembah apa yang kamu sembah





سُوۡرَةُ الکافِرون
بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ
قُلۡ يَـٰٓأَيُّہَا ٱلۡڪَـٰفِرُونَ (١) لَآ أَعۡبُدُ مَا تَعۡبُدُونَ (٢) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٣)وَلَآ أَنَا۟ عَابِدٌ۬ مَّا عَبَدتُّمۡ (٤) وَلَآ أَنتُمۡ عَـٰبِدُونَ مَآ أَعۡبُدُ (٥) لَكُمۡ دِينُكُمۡ وَلِىَ دِينِ (٦)


Surah Al-Kafiroon
Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani
Katakanlah (wahai Muhammad): Wahai orang-orang kafir! (1) Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah. (2) Dan kamu tidak mahu menyembah (Allah) yang aku sembah. (3) Dan aku tidak akan beribadat secara kamu beribadat. (4) Dan kamu pula tidak mahu beribadat secara aku beribadat. (5) Bagi kamu agama kamu dan bagiku agamaku. (6)

Pengajaran:

Allah mengarahkan kita supaya tidak mengikut tatacara kehidupan orang-orang kafir. Baik di dalam beribadah kepada Allah mahupun dalam menjalani kehidupan sehari-harian. Pada akhir zaman ini, kebanyakan orang Islam hanya tinggal Islam pada nama. Jangankan kata untuk beribadah, namun berbangga pula dengan mengikuti tatacara kehidupan orang-orang musyrik ini. Mari kita muhasabah diri kita, di mana kita berada? Adakah kita mengamalkan ajaran Islam sepenuhnya, atau hanya separuh-separuh? Fikir-fikirkanlah.


sumber ayat dan terjemahan: http://www.quranexplorer.com

16 December 2011

Sampaikanlah ilmu

Dari Abi Bakrah r.a., dari Nabi s.a.w., sabdanya: "Hendaklah orang yang hadir (mendengar hadis ku) menyampaikannya kepada orang-orang tidak hadir kerana sesungguhnya diharap orang yang disampaikan hadis itu kepadanya lebih hafaz dan lebih faham daripada yang menyampaikannya.

(Bukhari dan Muslim)


Hadis ini menerangkan bahawa:

(1) Soal menyampaikan ilmu agama adalah menjadi tugas kepada setiap orang yang mengetahuinya.

(2) Orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama, boleh jadi ia lebih fahaampaikan ilmu agama:

Agama Islam adalah agama untuk seluruh umat manusia dan segala bangsa dan dalam setiap masa, turun temurun hingga hari qiamat. Untuk meneruskanperkembangan Islam dalam segala tempat dan segala zaman itu, NabiMuhammad s.a.w. , meninggalkan pesannya yang berupa perintah supaya tiap-tiap orang yang mendengar hadis Baginda dan ajaran-ajaran yang dibawanya, menyampaikannya kepada orang yang belum mendengarnya.

Dengan itu nyatalah bahawa tugas menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu hukum agama bukanlah tertentu kepada seseorang dengan jalan dilantik, tetapi dengan sendirinya menjadi kewajipan sesiapa jua yang menghadiri mana-manamajlis pelajaran agama, atau hadis Nabi, atau hukum-hukum Islam, menyampaikannya kepada orang-orang yang tidak hadir bersama, dengan sungguh-sungguh jujur dan amanah.

Demikianlah seterusnya dari seorang kepada yang lain, masing-masing menjalankan tugas menyampaikan ajaran-ajaran Islam, walaupun orang yang menyampaikan itu sendiri tidak begitu faham akan maksud hadis atau hukum yang hendak disampaikannya itu.

2 - Kewajipan orang yang disampaikan kepadanya sesuatu ilmu agama:
Orang yang disampaikan kepadanya pelajaran itu, wajib menerimanya. Tentang soal memahami maksud hadis atau hukum yang diterimanya, maka ia tidaklahterikat dengan fahaman orang yang menyampaikannya, bahkan ia boleh menyatakan fahamannya dengan berdasarkan kaedah yang tertentu dalam ilmu agama.

Pendeknya orang yang menyampaikan sesuatu hadis atau sesuatu ilmu agama danRasulullah s.a.w. boleh diterima daripadanya walaupun orang itu tidak begitu faham akan hadis atau ilmu yang disampaikannya; dan ia akan beroleh pahala dengan usaha penyampaiannya itu serta dikira dan golongan ahli agama.


9 December 2011

Ahlan Wa Sahlan

Selamat Datang! Ahlan Wa Sahlan! Welcome!

Madrasah Baiturrahman ini sentiasa mengalu-alukan kedatangan tuan-tuan dan puan-puan, adik, kakak, abang, pakcik, makcik. Usianya baru setahun jagung. Harapannya agar dapat menabur bakti kepada penduduk setempat mahupun musafir berdagang. Silalah datang bagi yang sudi menimba ilmu di sini. Nantikan laporan akan datang untuk setiap aktiviti yang bakal dijalankan, insya Allah.